Monday, December 14, 2009

131209

pukul 6 pagi. hampir mampir kepada jam 7.
aq baru mahu tidur.

ku tidur, rasa sangat tidak lama selepas itu,
aq dikejutkan kakak.

kakak cakap,

nadia, bangun, kita pergi tengok maktok. maktok macam dah tak ada.

aku bangun, kebingungan sebentar.
faham, terus bangun bersiap.

setiba di sana.
aku sentuh maktok.
aku nampak, dia tidur.
tidur yang manabila dia akan bangun sebentar sahaja lagi.

tapi, aku sendiri tahu,
aku tak dapat bodohkan diri aku.
bila mata aku tahu apa yang aku lihat.

hari itu, aku mandikan jenazah maktok.
aku wudhukkan dia.

cuma tuhan tahu apa aku rasa.
cuma tuhan tahu.

badan aku, menggeletar.
aku tak dapat tahan sebak ketika memandikan jenazah maktok.
makcik itu pegang aku.

kakak panggil aku. dia cakap,

nadia, tahan.

aku tahu, dalam masa itu,
terkuat adalah apa yang aku perlu jadi.

tokwan cakap

dia pergi. tinggal kita. dia tak beritahu apa pun.

sebaknya aku dengar.
aku peluk tokwan. erat.
aku rasa tak mahu lepas.

tapi, di saat-saat itu,
aku tahu,
aku perlu jadi yang lebih kuat.
aku gagahkan lagi sekumit hati ini.
aku cakap,

maktok tak tahu. kalau dia tahu, dia kabar.

aku peluk dia lagi.

alhamdulillah.
maktok disimpan selepas asar.



*semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka-mereka yang beriman. aku betul sayang dia.. al-fatihah..*



~keluar



6 comments:

  1. al fatihah
    be strong syg..
    i know u are.

    ReplyDelete
  2. al fatihah.
    jdy kuat yea nadia..

    ReplyDelete
  3. syg..be strong k..

    ReplyDelete
  4. nad..kuat! im sorry for ur lost.. syg hg!

    ReplyDelete