post ini untuk kamu yang kamu yang lama.
post ini untuk kita yang kita yang dulu.
sedar tak sedar, depan mata.
semuanya takkan kekal sama.
POFF, memang sekalian kita sudah berubah.
tidak ada yang pernah akan kekal sebegitu saja sejak kelmarin hari-harinya hingga ke hari-hari yang kini..
dahulu, kita pernah jejak kaki ke sekolah yang sama.
sekolah. yang banyak beri erti kepada kita.
menjadi yang berguna, atau sebaliknya.
kita sendiri pilih.
kita sendiri tentukan.
kini.
berdiri, duduk, bersimpuh, terkudungnya kita di sini..
semuanya, hasil dari perlakuan kita di kelmarin harinya.
manabila, yang kerah usaha semalam,
berbuah la ia.
yang bersuka semalam,
leka semalam,
asyik dengan indah dunia,
tersungkurlah ia hari ini.
itu semua atas diri sendiri.
atau ketentuan tuhan. takdir.
seperti yang bonda selalu berpesan,
yang berjaya, tidak akan tunggu kita di persimpangan mana sekalipun.
tak akan.
berkawanlah,
namun, jika renggang, tak bereerti mana-mana pihak berubah.
masa, masa merubah segalanya.
kawan, tak kira di mana salah dan silap aq,
salah kamu, jangan kau tinggalkan.
kita tak sempurna.
kita manusia.
yang biasa.
berkasih, berkasihlah sebisa mungkin,
tak kekal, jangan menangis.
sayang, jangan menangis.
jaga hati. jangan biar pecah.
esok masih ada.
aq tidak faham. adakah aq hanya merasa,
atau ini betul.
aq rasa kita semua tidak sama lagi seperti kita semua yang dulu.
x salah untuk berubah kan?'
memang tak salah.
tapi, mengapa sering saja kita ketengahkan hal ini?
'kau dah lain'
'awat ang lain eh?'
'ure not the nadi
aq sendiri.
entah mengapa, aq merasa sedikit hanyut.
tidak tahu di mana.
kau faham?
pfft. pasti saja tidak.
*ambil nafas*
aq rasa, aq bukan aq yang semalamnya.
aq tidak sekuat semalam.
aq yg dulu seperti semakin terhakis dari dalam diri.
aq yang dulu seperti jauh meninggalkan aq yang kini.
kawan,
aq tidak sekuat yang dulu.
ego yang dulu tidak seutuh dulu.
sabar yang dulu tidak sesabar yang dulu.
tanpa rasa-rasa yang dulu, manusia rasa berubah.
manusia rasa goyah,
manusia rasa beza ya amat.
bukan aq saja merasa.
malah, insiden-insiden di sekeliling aq mengutuhkan lagi rasa itu.
rasa tidak seperti dulu.
terlalu mudah jatuh.
terlalu mudah.
terlalu rapuh.
aq ingin, aq yang dulu. aq ingin, seorang yang sombong yang dulu.
seorang yang dulunya, tidak menangis.
yang dulunya, tahu apa mahunya. pasti dengan mahunya.
yang dulunya, masih gembira. bersama yang sayang-sayangnya dulu.
hari itu, aq menghadirkan diri ke satu kem di besut, terengganu.
KEM BTN.
di situ banyak mengajar tentang politik.
tetapi, aq sedar, dari situ.
betapa pentingnya kemelayuan yang harus kita pelihara.
betapa mudahnya bangsa-bangsa lain menduduki negara kita tanpa usaha yang langsung tidak boleh dianggap usaha.
sedar tak? kalau diikutkan, tempat mereka memang bukan di sini.
negara yang paling ramai diduduki oleh cina.
negaranya dinamakan China.
indians pula, India.
Malaysia? bercampur-campur pula.
diangkat-angkat lagi kedudukan orang yang bukan orang kita.
bukan racist. tapi kenyataan.
hahha, aq dah tersasar jauh.
oke,
kembali.
aq sebenarnya, ingin menyatakan.
yang kita semua tidak akan pernah menjadi sempurna.
kadang-kadang, apa yang kita lakukan, betul saja.
mksud aq, kita sering merasakan tindakan kita semuanya betul.
kita susah dibangunkan dari kesalahan-kesalahan itu.
seperti post aq yang entah kebrapa, aq ada bercakap tentang CONSEQUENCES.
apa yang kita buat ini mungkin buat orang benci kita,
apa yang kita buat ini mampu buat kita jadi lebih baik.
jadi perhatian.
jadi terbaik.
atau mampu melucutkan segala pemikiran salah tentang kita?
ataupun, menambahkan lagi rupa buruk kita?
kita mungkin tidak sedar itu semua.
tapi, kawan di sekeliling mampu membuatkan kita berfikir.
persoalannya, tidak semua kawan mempunya otak yang berguna.
jadi siapa yang boleh membimbing seorang aq?
im not saying that i need a fren to rely on.
but, im juz sayin how a fren can manipulate or thoughts n make it into a better one, or worse.
sudah-sudahla.
aq penat menulis.
aq cuma ingin cakap. yang aq.,
rindu aq yang dulu-dulu.
aq rindu kau yang dulu-dulu.
aq rindu kita yang dulu-dulu.
tapi sampah, semuanya takkan sama lagi.
jadi noktahkan saja.
tak perlu aq fikir lagi.
cuma, pandang ke depan.
entri ini sungguh kosong. tiada motif aq tulis post kali ini..
~keluar
gila bahasa melayu la wei. aku xphm aaa.....
ReplyDeleteawat ang org london ka.
ReplyDeletetiada motif? tipo!
ReplyDeletekau dan aku..
sama-sama berubah..
kau dan aku sama-sama punya ego..
walau apa pun yang terjadi,
kau dan aku berhentam..
kau tetap aku sayang..
kau tetap kawan aku yang terbaik..
hanya kau yang faham aku..
walau kadang kala..aku tersesat..
aku mahu kau tegur aku..
baik nadi?
*great post*
great
ReplyDelete