Thursday, May 14, 2009

seronok la hari lahir aku!

situasi 1

ada orang yang acapkalinya menyambut hari lahir bersama keluarga. kononnya family's first. tapi memanglah family's first kan? sambutannya pun tak segalak mana. sambut di rumah saja. beli kfc, beli cake, lepak la kat uma. tak perlu keluar rumah. tak perlu jumpa rakan. tak sambut di rumah, pandu kereta ke secret recipe, makan-makan di sana. senang. tak payah susah-susah cuci pinggan. kawan-kawan, sekadar sms, call, cakap selamat hari lahir.

bagi kau, keluargalah yang segalanya. ya itu bagus. memang keluargalah yang segalanya. orang, tetap orang. takkan jadi keluarga melainkan pertalian yang baru disambungkan, kahwin. apa kau nak pertikaikan?

teman lelaki kau panggil keluarga? teman wanita kau panggil keluarga? mereka yang kau megah ceritakan semua perit duka suka itu kau nak panggil keluarga?
oi. bila dah putus? ke mana keluarga itu? tak semua masih berhubungan, berkawan. tak semua. jadi mana yang kau megahkan dulu? ini aq nak bagi satu peribahasa yang cikai, tapi punya maksud yang mendalam.

air dicencang takkan putus. ini perihal keluarga. oke.

your life is evrywhere with ya family.


situasi 2

ada orang pula, yang hari lahirnya seperti tak bermakna. selalu saja rasa kosong. im used to be sad on ma birthdays. jadahnya kalimah itu. tapi betul, memang ini wujud. orang ini selalunya mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna dari yang sekelilingnya. namun, apa yang tergapai tak sama. tak sama.

tinggal pun, sorang-sorang di kondo mewah itu. yang kau buat, kerja siang malam siang malam. balik rumah, tidur. bangun pagi, minum kopi, pergi kerja. macam dah punya skrip. semua rutin berulang-ulang. walau tak semua sama, tapi kebosanan yang sama. hari lahir pun, tak siapa yang tahu. bukan tak ambil tahu. tapi kau sendiri yang macam bayang-banyang. tak pernah nak bercampur mana-mana puak. lunch break pun sorang-sorang. so what else cud u expect?

your life is almost pathetic.


situasi 3

ini yang seronok. ada orang, hari lahirnya, mendapat satu party yang di-surprise-kan. jyeah lets throw him/her a surprise party. khususnya, ini yang sering diuarkan oleh mana-mana gf ataupun bf. tapi, kawan-kawan juga pandai menghargai. juga keluarga. bagi situasi 1, kemungkinan besar, surprise party ini di-throw-kan oleh keluarga sendiri. watever it is, seronok kan? dapat surprise party. dapat hadiah itu, dapat hadiah ini. rasa dihargai kan? sangat dihargai. rasa macam hari itu, kau yang punya. kan? ya. aq belom pernah merasai semua itu. namun nyata, semua kita mampu membayangkan apa yang dirasai kan?

ala, tapi takkan kau sebodoh itu tak boleh nak jangka yang kau akan dapat surprise party tuh? takkan kau tak boleh kecam langsung? bohonglah. kau jangan jadi pembohong. itu bohong diri sendiri namanya.

tapi, kalau yang diadakan oleh keluarga, memang tak kuat baunya. susah nak dihidu.

ala.. bila dah dapat tu, cakap saja terima kasih. berlakon pun boleh. bagilah ucapan-ucapan sikit. 'eyyy thanxx u guysss... (sedu sedu) tak sangka (sedu lagi). tak sangka u guys nak buat macam neh (sedu sedu seduuuu..)' sedu-sedu la kau sampai mampus. pasti ada sorang diantara yang menganjurkan cakap, 'fake'nya minah ne nangis.'

hahha. gasak saja.

your life is just soo full of glory. kut.


situasi 4

ada pula yang hati batu tuli. kimak kau aq cakap. i dont even remember ma own birthday. kononnya dah cukup busy dengan rutin harian. hari lahir sendiri pun kau lupa. kononnya kau la yang hebat. sebenarnya, kau sedar tak? kau adalah satu-satunya manusia yang hati tuli. bodoh. jahil. tak pandai nak menghargai hari dimanakala kau dilahirkan pertama kalinya di dunia yang indah ini. dimana pertama kalinya kau meraungkan tangisanmu yang tak merdu itu. dimana pertama kalinya kau di-azankan. (bagi yang islam). jadi, tak perlu megah jika kau lupa hari lahir sendiri. itu bodoh namanya.

your life is fake.


situasi 5

ada pula, yang sering menyambut hari lahir dengan diri sendiri. manabila you're giving yourself a nice treat. contoh, pergi bercuti. vacation. seorang diri. yang penting kau bahagia. kan? makan cake pun sorang-sorang. pergi shopping sorang-sorang. muka berseri-seri. senyum sorang-sorang. pabila ditanya, jawabnya 'todays ma birthday..' senyum lagi. 'oe really?? appy birthday den!!' 'thanx to u!' senyum lagi. kau sangat independent kan.. tak perlu ada yang di sekeliling.

i dont noe hu dissuades u to not have a great day with any company, but your life is juzt awesommmeeee.


situasi 6

ada pula yang hari lahirnya sentiasa seperti angin lalu. walaupun dia sendiri tahu dia sangat mengambil berat tentang hari lahirnya. menunggu siapa yang pertama sekali mengucapkan selamat hari lahir. menunggu sejak detiknya jam 12. keluarganya pula, tak pernah pun nak menyambut hari lahirnya. ada, tapi samar-samar. tak faham? ini aq terangkan.

'temah, hari lahirmu dah nak dekat. 15 mei kan? bang long pulak, 21 mei. kan? kita sambut sama-sama ya dengan bang long. nanti abang belikan cake. kfc. kita makan kita-kita saja ok?'
--ok bang.

tiba 21 mei, cake dibeli, semua bilang 'selamat hari lahir bang long.' bang long sengih tak henti satu hari. hari 15 mei, seperti dilupakan. cake dah dibeli. kfc dah dibeli. bersama pizza lagi.
si temah punyalah excited bukak kotak cake. yang tertulis hanyalah 'happy birthday bang long. we love u.' hati temah rasa bagai nak rebah.. rasa nak baling cake itu. biar pecah sekali baling. betapa sebalnya hati temah. baaikan budak kecil yang hatinya sangat fragile dan sering saja dihanyak-hanyak bila adik yang lebih kecil dilebihkan. namun, tak seorang pun yang memerhati hati temah.tak seorang pun ingat.
ahh biar sajalah, desus temah.
sedih. kan?

ini kisah temah. rakan-rakan pula yang seperti banyak ucapkan dulu. kekasih hati pulak yang seharian teman temah. temah tak dibenarkan keluar rumah. jadi sms saja dah cukup. teman temah yang berkurung seharian suntuk dalam bilik. hati berkudis-kudis. berdarah. luka yang parah dalam-dalam. tapi temah tak suka cerita. temah diam. temah nak jadi kuat. sedangkan temah tahu, dia dah bernanah di dalamnya.

temah, keluarga jenis apa la yang kau punya. sadis.

your life is likely not a life on your birthdays.


situasi 7

aq baru bangun tidur. tiba-tiba dapat idea merapu ni. jadi ku tulisan saja. sekarang, aq dah tak larat nak menulis lebih-lebih. mata aq mengantuk. hahha


By Ann Friday

Each birthday wish
I've ever made
Really does come true.
Each year I wish
I'll grow some more
And every year
I DO!


~keluar

8 comments:

  1. kita situasi mana.,. kau mmg puitis kawan ku~

    ReplyDelete
  2. tudia canot go.
    aq maen bantai ja.

    ReplyDelete
  3. weh! happie bday utk esk! t,insyallah aku g cari hg kat skola k..! =p

    ReplyDelete
  4. owh.
    i tak tahu nak pilih i kat situasi mana nih?
    hoho.

    ReplyDelete
  5. oe org yg sama la.
    hahha
    oke blimey.

    hahha

    ReplyDelete