Sunday, December 20, 2009

aito problemo

pukul 1 tadi aq tertidur.
terjaganya aq, jam berpaksikan 4.
4 lebih-lebih.

mataku kiriku,
perit benar untuk kuluaskan.
ku terus bangun, cermin mata, omg!
sangat merah!



* scared d hell out of me. *

Saturday, December 19, 2009

ini nadiaanaknasir ;)

;) these are so obvious.

**i luv my family**
**i luv my boyfriend**
**i luv my sygss**


;) here r some facts. tat mayb ppl juz dont noe bout me.

#01 i dont eat popcorns

#02 i hate it went people miscall me

#03 i want a crooz shirt soo badly

#04 i cannot live without my vaseline

#05 i tink guys wearin tote bags are sexy

#06 my eyes set on guys hair at d very first time i see one.

#07 im a green apple freak

#08 sometimes i read people's lips easily.

#09 i felt as if thres a male in me

#10 my first impression on people are mostly bad

#11 i cant stand babies cry

#12 id like to be a superhero. ;)

#13 i luvvvv spicy foods

#14 i dont really eat fish

#15 big fan of chicken

#16 i dun burst to cry tat easy. so when i cried, it must be bcuz of d massive pain im gainin mentally or physically :)

#17 i cry, then ill sleep. den ill be good ;)

#18 im a sleepyhead

#19 im asthmatic

#20 im a migrainer

#21 but i luv coffee!

#22 i laugh alot

#23 i stutter during public speakings

#24 my tongue is very sensitive of hot drinks n foods

#25 i dun drink hot drinks

#26 im a taurus

#27 i get annoyed easily when people stare at me

#28 i luvvv nasik kandaq

#29 i do noe how to tecktonik.juz a lil ;) n i luvv doin it.

#30 i luv singin as well. well i tink im kinda good *prasan* but i cant really sing infront of people. such as, people. hahha

#31 i have 7 piercings

#32 im shortsighted.

#33 as long as they do not get in the way, i wud not even bother if people hate me.

#34 deletin pictures which happen to be the unliked, my hobby.



p/s ; oke. da ta igt da. ill add em up if it come across. :)

Wednesday, December 16, 2009

x moody la!

hari ini, dua benda lawak telah melanda hariku.


pertama,

--friendster aku. yang dah nak reput. dah berubah sebegitu rupa. dah nak mcm facebook dah! kalew ijau. evrytg da brubah!

*jaddahnya. aku xpandai menggunakan fb.*


kedua,


--ini!!



*monikka is so unique. n beautiful*


boomer!!

i juz cant stop lafin!


~keluar

Monday, December 14, 2009

131209

pukul 6 pagi. hampir mampir kepada jam 7.
aq baru mahu tidur.

ku tidur, rasa sangat tidak lama selepas itu,
aq dikejutkan kakak.

kakak cakap,

nadia, bangun, kita pergi tengok maktok. maktok macam dah tak ada.

aku bangun, kebingungan sebentar.
faham, terus bangun bersiap.

setiba di sana.
aku sentuh maktok.
aku nampak, dia tidur.
tidur yang manabila dia akan bangun sebentar sahaja lagi.

tapi, aku sendiri tahu,
aku tak dapat bodohkan diri aku.
bila mata aku tahu apa yang aku lihat.

hari itu, aku mandikan jenazah maktok.
aku wudhukkan dia.

cuma tuhan tahu apa aku rasa.
cuma tuhan tahu.

badan aku, menggeletar.
aku tak dapat tahan sebak ketika memandikan jenazah maktok.
makcik itu pegang aku.

kakak panggil aku. dia cakap,

nadia, tahan.

aku tahu, dalam masa itu,
terkuat adalah apa yang aku perlu jadi.

tokwan cakap

dia pergi. tinggal kita. dia tak beritahu apa pun.

sebaknya aku dengar.
aku peluk tokwan. erat.
aku rasa tak mahu lepas.

tapi, di saat-saat itu,
aku tahu,
aku perlu jadi yang lebih kuat.
aku gagahkan lagi sekumit hati ini.
aku cakap,

maktok tak tahu. kalau dia tahu, dia kabar.

aku peluk dia lagi.

alhamdulillah.
maktok disimpan selepas asar.



*semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka-mereka yang beriman. aku betul sayang dia.. al-fatihah..*



~keluar



Friday, December 11, 2009

terbaik pernah aku ada

aku terdengar lagu itu tadi

dear god

tibatiba aq teringat kembali.
aku jadi fikir balik.
tentang aku ketika dulu aku kenal lagu itu
aku ingat bagaimana dari awalnya aku kenal lagu itu.
dari mana

ketika sedang gila.
gilakan lagu itu.

betapa aku sangat sukakan lagu itu
suka betul.

sampai selepas kejadian itu,

aku jadi benci.

aku jadi lemah seketika.
aku jadi nangis..

aku benci keadaan itu.
saat itu aku rasa susahnya untuk bernafas buat seketika.

aku takkan mahu kembali ke situ lagi..
peritnya.

aku tak mahu kembali.
tidak mahu.

kerna sekarang,
aku punya perkara terbaek dalam hidup aku.



ti quero


~keluar

Thursday, December 10, 2009

the crush, still on ppl.

oke.
since ive been havin tis huge crush on adam young,
i was checkin on few of his fireflies covers.
n here u go.
one of d best.





im mesmerized.
tis guy is actualy reaaallly good. like, BIG TIME!



~keluar

Wednesday, December 9, 2009

cuba cari diri sendiri

kenapa kita mesti ikut apa yang orang buat?

aku, sumpah,
aq cukup benci, laknat, palang, anti,
dengan orang yang tidak lansung ada ciri-ciri kedirisendirian.

kau faham?

*grrrr*

cuba cari diri sendiri.
diri sendiri kamu yang satu itu.
kenapa mesti ikut apa yang bukan kamu.

do u ever know how sad it is?
d way ppl luk at u?
sad sad sad.

not d sedih-sad. its d kesian-sad.

dalam dunia ini,
kita, semua, ada beza.
ada bahagian manamana yang kecantikannya dilebihkan.
ada yang keburukannya dilebihkan sedikit.
manusia mana yang sempurna kan?

tapi, dalam ketidaksempurnaan ini,
kita, harus tahu.
setiap kita-kita ini,
ada keunikannya sendiri,
ada kecantikkannya sendiri,
ada kesempurnaannya sendiri.

kan?

bukan prejudis.
tapi, aq memang kasihan.
kasihan tengok orang yang mempukimak meniru sana dan sini.

takda stail la bro.

dah lama aq x tulis post yang berupa maki-maki sebegini.

aq cuma nak cakap.
macam mana kita nak temui keunikkan diri sendiri.
macam mana? kalau asyik mempukimak meniru sana dan sini, bolehkah? bisakah?

kau sendiri tahu,
betapa cantiknya anugerah tuhan.
dia bikin engkau jadi cantik. walau tak sempurna.

memang, tidak mudah untuk jadi diri sendiri.
tapi, tak salah mencuba.
tak salah menonjolkan apa yang diri ada.
dan kalau diri tu buruk,
tak salah untuk berubah.

mencontohi orang, tidak salah.
tidak sama sekali.
tapi, JANGAN meniru.

aq ulang,
changing for the better is okay.
but DONT COPY!

haihhh.
betul, buruk betul.

menjadi sesuatu yang bukan diri kita, tat sucks. BIGTIME FELLA!

kenapa mesti nak besar-besarkan diri?
aku sendiri mengaku, aku belum kenal satu dunia.
aku belum cukup pengetahuan semuanya.

tapi aku sangat pasti,

dengan mengkhabarkan pada semua bahawa kau anak 'orang pkai tie dan bersut kemas',
tak menjadikan kau anak orang berada.

dengan mengkhabarkan diri kau itu pkai hot pants, pkai short pants dan segala jaddah yang ada,
tak menjadikan kau seorang yang hebat.

dengan mengkhabarkan kau hari-hari makan stimbot,
pun tak akan pernah menjadikan rumah kau itu, jadi banglo patblas tgkat.

jadi tak perlu kau nak besar-besarkan cerita hidup yang tak betul
tak semua orang buta dan jahil seperti yang kau sangka-sangka itu.

pathetic.
sad.
aq kasihan.

bukan perlekeh.
tapi, kasihan.
jelik pun ada.

kenapalah. kenapa susah untuk menjadi diri sendiri.

aku tak tujukan post ini kepada siapa-siapa.

*tipu*

aku tak spesifikkan post ini untuk siapa-siapa

*tipu*

tapi, kalau kau bisa membaca,
dengan hati yang terbuka,
dan otak yang tidak tertutup bodoh seperti yang sebelum-sebelum ini,
aq percaya. kau rasa pedasnya.

oke?



jangan tiru aku. itu aku paling benci. cuba jadi diri sendiri. tak perlu tiru aku. aku tak hebat mana. kan kau makan stimbot hari-hari? kau lebih hebat kan? mengapa mesti tiru?



oh tuhan, sejukkan hati aku.


~keluar

Tuesday, December 8, 2009

dont lie

bukak mata
bukak otak
bukak hati

tolong,
jangan bohong.





~keluar

Wednesday, December 2, 2009

aku rasa. aku tulis.

aku tak tahu apa aku harus bangun
dan terus lari
dan terus menangis
dan terus menjerit segala rukah
aku tak tahu

walaumanabilapun sekali,
aku sedar.
aku tidak mungkin selesaikan semua dengan berlari.

tapi, di sini baringnya aku
aku cuba berlari
dalam mata aku yang pejam

aku lari. sekuat laju gagah yang mungkin..
kaki aku menongkah
selaju yang bisa
sejauh yang bisa
aku gigihkan usaha.

kau nampak?
apa yang aku nampak? nampak?

kosong.
tiada apa-apa di depan. kosong

aku cuba bermain dengan emosi
aku cuba bermain dengan ilusi
aku cuba mempenetrasi ke fantasi

bodoh. mana mungkin.

kenapa semua makin pudar
makin kusam
aku tak dapat melihat. dengan jelas.

aku rebah, di sini.
rebah dalam maya yang lansung hilang terus semangat aku.
aku rebah.
hanya menanti
menanti dan mencari kekuatan aku
supaya aku bisa bangun dari sungkur ini..

cuma kancah hati aku
yang rasa..
cuma bebola mata aku
yang rasa..
kepenatan ini. kelelahan ini.
aku sudah habis keringat.
kering kontang.

kalau saja aku bisa jerit semua isi kepalaku ini.
kalau saja aku bisa muntahkan semua rasa dalam hati ini.

tapi, aku,
belum ada kekuatannya.


~keluar